KL, 24 JUN 2013: Murai Batu sebenarnya tidaklah mengenali perangai sebenar pelakon wanita yang seorang ini kerana Murai Batu pun bukanlah selalu turun majlis-majlis hiburan. Namun daripada apa yang Murai Batu baru dengar ni, tak sangka pula dia boleh bersikap begitu kerana ahli keluarganya yang lain yang juga involved dalam dunia seni ini dan semuanya seorang yang peramah walaupun mengamalkan gaya hidup yang agak urban.
Ceritanya begini, rakan Murai Batu ni mengikuti satu penggambaran filem yang dibintangi oleh pelakon wanita ini di sebuah lokasi yang dihadiri oleh ramai media. Kalau dah penerbit bawa media untuk ke lokasi penggambaran jawabnya mestilah mahu mempromosikan filem serta pelakon-pelakonnya. Murai Batu difahamkan, sebelum ke lokasi sebenar penggambaran tersebut semua media dimaklumkan yang pelakon wanita ini akan turut bersama untuk diinterview walaupun pada hari tersebut tiada babak yang pelakon genit ini terlibat.
Menurut cerita rakan Murai Batu, pihak media telah berada di lokasi penggambaran seawal jam 8 pagi di lokasi berbeza untuk menyaksikan serta melaporkan babak lain dalam filem tersebut sehinggalah bertukar ke lokasi yang lain di mana semua pelakon akan diinterview. Murai Batu diberitahu, kelibat pelakon wanita itu belum kelihatan di lokasi sehinggalah pada jam 2 petang media difahamkan pelakon tersebut yang duduk di sebuah hotel berdekatan sedang dalam perjalanan ke lokasi penggambaran. Yang kesiannya, media pun menanti dengan penuh sabar sehinggalah beberapa jam tetapi kelibatnya masih juga tidak nampak. Bagaimanapun,
Murai Batu media tetap meneruskan sesi interview bersama pelakon lain sehingga selesai, malah masih menunggu walaupun dengarnya media yang bekerja daripada pagi di lokasi sudah mula belengas dan kepenatan. Dalam pada media semua sudah mula hendak berangkat pulang untuk pergi dinner, tiba-tiba pelakon wanita ini muncul jam 7 petang dengan muka sombong dan marahnya terus menonong ke sekumpulan kru produksi tanpa menghiraukan pihak media yang ada.
Melihatkan lagak si pelakon itu, Murai Batu diberitahu, rakan media yang lain dengarnya terus kuasa nak melayan perangai si pelakon yang agak-agak kekwat itu dan terus naik bas yag disediakan untuk pulang begitu sahaja. Rupanya rakan Murai Batu dapat tahu, pelakon wanita tersebut marah apabila kehadirannya tidak diendah media dan tiada siapa yang mahu interviewnya. Amboi cik adek, awak tu dah lah datang lambat, lepas tu tak da pula budi bahasa minta maaf kerana lambat.
Entahlah, Murai Batu pun pelik, siapa yang patut marah siapa? Tak tahulah, harap pelakon tersebut ada alasan yang kukuh berbuat begitu. Jangan cepat alpa dan mesra lah dengan semua media walaupun ada dikalangan mereka masih baru. MURAIBATU: Tahniah pada Monoloque dan sisteri yang baru saja dapat baby girl!
Categories: Berita
0 ulasan:
Catat Ulasan