1 Julai 2013

Posted by jinson on 1.7.13 No comments
Peminat Bingung Wajah Henry, JB & Roh Ji Hoon

Disebabkan wajah yang seiras, ramai peminat bintang K-Pop bingung dan pening kepala apabila melihat wajah terbaru artis ini.
 Malah, ada peminat salah anggap apabila menyangkakan penyanyi baru bernama Roh Ji Hoon adalah pelakon utama drama Dream High 2.
 Ini kerana, hero sebenar Dream High 2 yang juga seorang penyanyi iaitu JB memilik wajah mirip Roh Ji Hoon. Jika meletakkan gambar mereka berdua, pasti ramai menyangkakan kedua-dua ini adalah adik beradik atau pun pasangan kembar.
 Pun begitu, menurut sumber terdekat, kedua-dua mereka tidak ada pertalian darah. Selain bingung dengan wajah mereka berdua, Henry yang baru saja melancarkan lagu single terbaru berjudul Trap turut dikatakan memilik wajah yang sama.
 Hakikatnya, Murai Batu sendiri tidak dapat membezakan wajah mereka. Kalau nak bezakan pun kena lihat muzik video lagu mereka masing-masing. MURAI BATU: Nasib baik artis Malaysia tidak ada yang muka sebiji macam ginikan?
Categories: , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog