11 Disember 2013

Posted by jinson on 11.12.13 No comments
jovian mandagie sah bergelar abang ipar dafi
Pereka fesyen popular, Jovian Mandagie akhirnya selamat bergelar suami kepada Nina Sabrina Ismail Sabri di Balai Rong Seri, Muzium Istana Negara sekitar jam 5:40 petang tadi.
Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh bapa dan wali pengantin perempuan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Istana Negara, Ustaz Nik Riduan. Dengan hanya sekali lafaz, Jovian telah menghadiahkah Nina dengan seutas gelang emas sebagai mas kahwin pernikahan. Jovian telah menyerahkan 11 hantaran termasuk senaskah Al-Quran, manakala Nina telah menghadiahkan 13 hantaran kepada suaminya.
Kesemua hantaran disimpan dalam peti kayu khas dan ditutup rapat serta dihias indah. Majlis telah disempurnakan dalam suasana penuh sederhana dan wajah ceria kedua-dua belah pihak pengantin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog