11 Disember 2013

Posted by jinson on 11.12.13 No comments
akhirnya black dan isteri dedah penipu perkahwinannya
Sebelum penyanyi Black Hanifah selamat menjadi suami kepada wanita bernama Naquia Yasirah atau Chira, penyanyi ini mengalami kontroversi penipuan yang melibatkan wangnya RM30,000 lesap. Malah, selepas selamat berkahwin, isterinya pula dituduh sebagai seorang janda.
Bagaimanapun, Black dan isteri tetap tabah menghadapi dugaan tersebut dan semakin bahagia bergelar suami. Sungguhpun diasak setengah pihak untuk mendedahkan identiti penipu tersebut, Black lebih banyak mengambil sikap untuk mendiamkan diri dari menyebarkan nama individu yang menipunya itu. Namun, Black tetap memberi bayangan tentang penipu berkenaan.
Pun begitu, semakin Black mendiamkan diri, Admin mendapat tahu penipu tersebut semakin berani dan terus meluaskan empayer penipuan terhadap pasangan pengantin yang lain. Oleh kerana itu, pada hujung minggu lalu, Black dan isterinya telah mendedahkan individu yang menipunya itu di laman Instagram milik masing-masing. Menerusi pendedahan tersebut, mangsa penipu itu difahamkan adalah mangsa si penipu yang ke 100.
Manakala penipu itu adalah pemilik nama Moment Cinta. Menurut sumber Admin, tujuan Black mendedahkan nama penipu tersebut bukanlah ingin membalas dendam sebaliknya dia tidak mahu penipu itu terus menipu pasangan lain yang ingin membina mahligai bahagia. Apa sekalipun, Admin masih lagi tidak tahu siapakah sebenarnya individu yang berada disebalik nama Moment Cinta. Jika benar Moment Cinta menipu, kenapa dia masih lagi terus aktif menipu pasangan pengantin yang lain?
Tidakkah pihak tertentu sepatutnya mengambil tindakan? Setahu Admin, Black juga telah pun membuat laporan polis. Apapun, seperti kata Black, berhati-hati dengan sesiapa saja yang mengaku dia adalah perunding perkahwinan. Selidik lebih dalam kerana penipu selalunya sangat licik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog