Sebaik saja Admin menyiarkan cerita mengenai keintiman pelakon Tasha Shilla bersama peninju Muay Thai bernama Hen Chen, Admin tidak pula mendengar pengakuan daripada mereka sama ada hubungan tersebut hanya kawan saja atau pun ke arah kekasih.
Namun, Admin mendapat tahu, baik Tasha dan Hen Chen, mereka tidak kisah tentang tanggapan tersebut.
Senang cerita, hanya mereka saja yang tahu hubungan mereka itu.
Apapun, Admin dengar cerita lagi, Tasha telah membuat pengakuan rasmi bahawa dia sudah pun pergi menempah baju kahwinnya dengan Hen Chen dari pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail.
Pun begitu, selepas merisik lebih dalam lagi, baju kahwin yang ditempahnya itu bukannya baju pengantin seperti yang dibayangkan peminat.
Rupa-rupanya, Tasha dan Hen Chen telah menempah baju dari Ezuwan untuk mereka hadiri majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin.
Apa sekalipun, melihat kemesraan gambar mereka berdua, Admin merasakan mereka amat serasi. Bagai pinang di belah dua katanya.
Yang penting, mesti masa wedding Che Ta nanti, Tasha dan Hen Chen jadi buruan media untuk ketahui hubungan sebenar mereka. Tup tup mereka umum majliskahwin pula.
Siapa tahu, mereka berdua sudah bertunang dalam diamkan. Admin hanya doakan yang terbaik buat pasangan ini.
ADMIN: Suka mendoakan kebahagiaan orang lain, tapi adakah orang lain mendoakan kebahagian kita?
0 ulasan:
Catat Ulasan