Pelakon, Cristina Suzanne akui bakal menangguhkan perkahwinannya yang sepatutnya telah dirancang untuk diadakan pada 22 Januari 2014. Cristina Suzanne yang kurang selesa saat ditanya mengani soal peribadinya berkata dia terpaksa menangguhkan perkahwinannya kerana masalah banjir yang teruk melanda kampong halamannya di Pahang.
“Sebenarnya, saya terpaksa menangguhkan perkahwinan kami kerana masalah banjir. Namun masih belum ada tarikh baru lagi untuk majlis kahwin kami. Tak tahu lagi sama ada dalam tahun hadapan atau tidak. “Apa-apa pun, saya rasa tak perlu saya ulas lanjut mengenai hal peribadi saya kerana lebih baik orang tahu mengenai kerjaya saya sahaja,” katanya kepada Admin .
Pelakon filem KIL itu ditemui selepas sidang media mengenai Festival Filem Asia Pasifik ke-56 (APFF-56) yang diadakan di Auditorium P. Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), semalam. Cris telah selamat bertunang pada Oktober lalu tanpa pengetahuan media. Menjelaskan mengenai pendiriannya, Cristina memberitahu dia tidak selesa cerita mengenai tunangnya dan biarlah dia perkenalkan lelaki yang bertahta dihatinya itu selepas mereka selamat bernikah.
“Gambar dan cerita orang tahu mengenai saya dah tunang pun dari laman sesawang dan saya rasa lebih baik saya punya ruang dan privacy saya sendiri. “Saya kurang gemar nak bercerita mengenai siapa kekasih saya, kerana lebih istimewa saya perkenalkan dirinya ketika hari perkahwinan saya,” jelasnya lagi. Sementara itu, Cris turut berbangga apabila dia dapat mewakili Malaysia sebagai sebahagian delegasi ke APFF56 pada 15 Disember ini.
“Ini pertama kali saya akan ke festival filem terbesar sebegini. Bangga juga apabila terpilih lebih-lebih lagi mewakili filem pertama saya iaitu KIL,” ceritanya. Dalam perkembangan lain Cris bakal muncul dalam filem CEO, Tujuh dan Jwanita pada tahun 2014.
0 ulasan:
Catat Ulasan