29 Oktober 2013

Posted by jinson on 29.10.13 No comments
KISHMINDERJIT dibawa keluar mahkamah selepas dijatuhi hukuman, semalam/ Pic: Harian Metro
SEREMBAN: “Saya amat menyesal dengan kesalahan dilakukan dan meminta maaf kerana menyusahkan ramai pihak,” demikian rayuan tertuduh, Kishminderjit Singh Bahadar Singh, 39, atau dikenali sebagai Taliban ketika merayu hukuman ringan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas tuduhan melarikan diri daripada tahanan polis di kawasan rehat Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS), bulan lalu.
Majistret Siti Khairiah Abdul Razak bagaimanapun menjatuhkan hukuman 20 bulan penjara terhadap tertuduh yang memakai baju berwarna putih bermula daripada tarikh dia ditangkap. Mengikut pertuduhan, Kishminderjit yang ketika kejadian ditahan secara sah mengikut Seksyen 6 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, didakwa dengan sengaja melepaskan diri daripada jagaan sah Koperal Ismail Jamil, 50, dan Konstabel Nashrul Azlan Mohammad, 24, di tempat letak kenderaan di hadapan tandas kawasan rehat Tol Setul, LEKAS, Nilai, antara jam 7.50 pagi hingga 10.55 pagi, 1 September lalu.
Kishminderjit Singh didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A Aziz meminta mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran berikutan kesalahan dilakukan tertuduh sangat serius.
Begitupun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman paling minimum dikenakan berikutan sudah insaf dan menyesal atas perbuatannya itu. “Saya merayu dihantar ke Penjara Simpang Renggam kerana dekat dengan keluarga untuk menjenguk saya,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog