Gambar yang dimuat naik oleh Diana Nasir melalui akaun Facebook miliknya
Bermula dengan status yang dimuat naik oleh kakak kepada Anzalna iaitu Diana Nasir di laman Istagram berserta gambarnya bersama aktor, Shah Iskandar menimbulkan tanda tanya apabila ayat yang digunakan seolah-olah mereka sedang bercinta.
Jelas Shah yang ketika itu masih berada di Cape Town, Afrika memberitahu hubungan mereka sekadar kawan biasa. Malah, dia terkejut akan tindakan Diana memuat naik status sedemikian.
Susulan kenyataan Shah itu, adik Diana yang juga pelakon popular, Anzalna Nasir menyelar tindakan Shah. Malah, dia menganggap aktor yang berasal dari Singapura itu cuba menafikan hubungan yang wujud di samping memberitahu Shah yang terhegeh-hegeh dengan kakaknya berdasarkan kiriman SMS yang dihantar kepada kakaknya itu.
Memetik kenyataan di Media Hiburan, Shah berkata, "Saya akui mesej-mesej yang dimaksudkan oleh Anzalna. Pada saya itu mesej-mesej manja di mana pada awal perkenalan saya dan kakaknya. Tapi, memasuki bulan keempat saya dapat rasakan perkenalan ini tidak boleh pergi lebih jauh.
"Saya tidak cakap dia 'bad person' tapi sikap saya sendiri yang tidak boleh meneruskan perhubungan itu. Kiranya, antara kami memang tidak bercinta tapi baru mula nak berkenalan.
"Dengan apa yang berlaku, saya tidak salahkan Diana. Dia seorang gadis yang baik. Saya nampak usahanya untuk membawa perkenalan kami kepada hubungan yang serius, tapi saya yang tidak boleh.
"Cuma, saya tidak faham kenapa Anzalna perlu masuk campur. Ini antara saya dan Diana. Saya tahu niatnya mahu pertahankan kakaknya, tapi bukan begini caranya.
Cara Anzalna tak betul."
Tambah Shah lagi, selepas dia pulang ke Malaysia, dia ada bertanyakan kepada Diana mengenai kekecohan mengenai hubungan mereka. Menurut Shah, Diana ada memberitahu yang Anzalna sekadar mahu melindunginya. Namun aktor itu tetap merasakan yang cara Anzalna seperti mahu mengenakannya.
Shah sekali lagi menjelaskan dia tidak pernah keluar atau lepak berdua dengan Diana. Shah juga mengharapkan agar masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.
0 ulasan:
Catat Ulasan