29 Oktober 2013

Posted by jinson on 29.10.13 No comments
Mayat mangsa yang ditemui di belakang kedai ubat di Jalan Sultan Iskandar, awal pagi semalam./Pic:Sinar Harian
Mayat mangsa yang ditemui di belakang kedai ubat di Jalan Sultan Iskandar, awal pagi semalam.

 IPOH: Polis sedang mengesan identiti seorang lelaki bertubuh kurus dan berpakaian lusuh yang ditemui maut di belakang kedai ubat di Jalan Sultan Iskandar, awal pagi semalam. Mayat lelaki yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri yang dipercayai penagih dadah atau gelandangan itu ditemui orang awam yang kebetulan melalui jalan tersebut kira-kira jam 1.30 pagi.
Menurut sumber, mangsa dipercayai dibelasah terlebih dahulu sebelum mayatnya dicampakkan ke kawasan tersebut berdasarkan kesan luka di kepala dan mukanya yang berlumuran darah. Katanya, mangsa dipercayai mati akibat terkena hentakan objek tumpul pada bahagian kepala, namun tiada sebarang senjata ditemui berhampiran kawasan mangsa dijumpai. Difahamkan, polis telah mengambil keterangan seorang lelaki gelandangan bagi membantu siasatan kerana dipercayai berada berhampiran lokasi ketika mayat mangsa ditemui.
 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, memberitahu setakat ini identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti. “Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat yang dijangka akan dijalankan esok (hari ini). “Kami berharap keputusan bedah siasat dapat membantu mengenal pasti identiti dan punca sebenar kematian lelaki itu,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog