29 Oktober 2013

Posted by jinson on 29.10.13 No comments
PETALING JAYA - Seorang konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol seorang wanita warga China dan merompak mangsa serta empat rakannya yang lain, bulan lepas.
Bagi pertuduhan merogol, Mohamad Hafizan Ibrahim, 22, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 30 tahun di sebuah premis rumah urut di Taman Megah di sini pada 1.10 pagi 20 September lepas. Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 November untuk sebutan kes.
Pendakwaan bagi kes ini dikendali Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mohamad Hafizan turut berdepan pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pistol jenis revolver .38 bersama seorang lagi konstabel iaitu Khairulnizam Dolah Khairi, 32, dan tiga individu lain, Zainulazli Zahari, 30, Mohd. Irham Abdul Rahman, 25, dan Normazlina Kamardin, 34, di Mahkamah Sesyen berasingan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog