Minggu lalu ada laporan menyebut, Syamsul Yusof menyatakan hasratnya mahu menamatkan zaman bujang selepas saja filem ke lapannya, KL Gangster 2 ditayangkan di pawagam.
Memetik kenyataan di mStar online hari ini, keluarganya menerima siapa sahaja bakal isteri pengarah muda itu "Dia (Syamsul) ada beritahu perkara ini melalui bapanya (Datuk Yusof Haslam) dan kami sudah tahu siapakah wanita pilihannya.
Kami menerima calonnya itu dengan hati terbuka. "Dia menyatakan hasrat ingin berkahwin dalam tahun ini juga tapi belum beritahu tarikh yang tepat dan belum bawa wanita itu berjumpa kami," kata ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail yang juga turut memberitahu masih belum berkesempatan untuk bertentang mata dengan bakal menantunya itu.
Ditanya adakah wanita itu pelakon Puteri Sarah seperti yang digosipkan sebelum ini, Patimah enggan mengulas mengenainya dan mahu perkara tersebut diumumkan sendiri Syamsul. "Kami pun hanya diberitahu tentang hasratnya sahaja dan kami tidak pula tanya dia lebih-lebih.
Keinginannya nak kahwin pun dah cukup buat kami gembira,” katanya sambil memberitahu belum ada sebarang persiapan yang dilakukan untuk majlis tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan