Ketika pasangan sejoli Zain Saidin dan Rozita Che Wan sedang berkira-kira tentang hari pernikahannya mereka, hubungan bahagia mereka di duga lagi.
Menurut Zain, baru-baru ini dia berhadapan dengan ujian getir apabila ada pihak cuba memburuk-burukkan kekasihnya itu dengan tujuan untuk menggagalkan perkahwinan mereka.
Pihak berkenaan menghasutnya agar membenci aktres berusia 40 tahun itu dengan membuka aib termasuklah bercerita kisah-kisah buruk zaman silam wanita itu.
“Ada seseorang datang kepada saya dengan bercerita macam-macam kisah buruk Cik Ta agar saya menarik balik keputusan saya untuk berumah tangga dengannya termasuklah bercerita kisah dia yang lepas-lepas,” katanya.
Sehubungan itu kata Zain, dia sudah berjumpa dengan Rozita bagi membincangkan tuduhan itu dan berpuas hati selepas wanita berkenaan memberikan penjelasan.
Ujar Zain, pada mulanya fikiran dia benar-benar terganggu tetapi mempercayai bakal isterinya itu selepas Rozita menjelaskan tohmahan berkenaan adalah fitnah sama sekali.
“Saya tanya Cik Ta sendiri kisah-kisah yang saya dengar itu dan selepas penjelasan dibuat, saya tidak ragu-ragu untuk mengambilnya sebagai isteri,” ujar Zain.
Dalam pada itu Zain dan Rozita membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
Pasangan itu juga merancang untuk menunaikan umrah di Mekah bersama Rozita selepas kedua-dua mereka bergelar suami-isteri nanti.
0 ulasan:
Catat Ulasan