26 September 2013

Posted by jinson on 26.9.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Tiada siapa yang dapat menafikan lagu Bawaku Pergi telah mencipta fenomena yang tersendiri dalam industri muzik tempatan dan mendapat sambutan yang hebat daripada para peminat.
 Biarpun lagu tersebut satu ketika dulu pernah dihimpit kontroversi, namun sebut saja lagu ciptaan Malique itu pasti kita terbayang pada pasangan duet serasi, Kaka Azraff dan Zizan Razak. "Ni bukan pasal nak tumpang populariti Zizan. Kami berduet bersama menerusi lagu Bawaku Pergi. Saya dah selesa bekerja dengan dia dan kalau boleh tak nak berhenti kerja dengan Zizan.
 Saya nak ikut jer dia kemana-mana (gelak). "Zizan ni dia memang kelakar sepanjang masa. Bila dia nak marah pun, dia tetap buat kelakar. Dia dah macam abang saya dan saya rasa banyak lagi perkara yang saya nak belajar dari dia tentang industri ni", kata Kaka yang juga merupakan artis naungan syarikat Zizan, WireFrame Entertainment.

.
Pemilik nama sebenar Nor Atiqah Noor Azraff, 24, ni ditemui pada majlis pelancaran muzik video single Infiniti Cinta yang sekali lagi turut menampilkan Zizan. Sejak dilancarkan pada hujung bulan yang lalu, lagu tersebut tidak perlu mengambil tempoh yang lama untuk berada di puncak carta dan menjadi siulan dan pilihan ramai pendengar. Muzik video Infiniti Cinta diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar yang memaparkan Kuala Lumpur seakan-akan Kota New York.

 Buka Pendakap Gigi Demi Ghaz
Kredit foto Faisol Mustafa.
Berkongsi pengalaman sepanjang pembikinan klip video tersebut, beritahu Kaka, dia terpaksa membuka pendakap gigi selama tiga hari. "Dalam video muzik ni watak saya sebagai bidadari. Jadi takkan bidadari pakai pendakap gigi pula kan...
Jadi pengarah (Ghaz) minta saya buka sementara. Tapi sebenarnya lega rasanya bila dapat buka sekejap", katanya yang perlu memakai pendakap gigi tersebut dalam tempoh setahun lagi. Dalam perkembangan lain, Kaka bakal melancarkan single solonya berjudul Terpulanglah.
 Lagu berentak balada R&B. Selain itu Kaka sedang mempertimbangkan untuk menerima tawaran mengacara sebuah program travelog.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog