Pelakon dan usahawan burger, Fizo Omar bakal mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pertunangannya dengan Mawar Abdul Karim (gambar) dalam masa terdekat.
Fizo, 28, berkata, setakat ini dia masih belum mempunyai tarikh tertentu untuk melangsungkan majlis pertunangannya dengan wanita berkenaan tetapi mengjangkakan pada awal November depan. "Insya-Allah dalam masa terdekat ini kami akan adakan satu sidang media bagi mengumumkan perkara itu dan kami menjangkakan pertunangan itu akan berlangsung pada awal November ini," katanya
Keluarga Fizo pada 28 Ogos lalu telah menghantar rombongan merisik Mawar, 24, yang juga anak kepada pengasas tudung Fareeda iaitu Faridah Zakaria. Dalam perkembangan sama, Fizo mengakui dia dan Mawar jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing namun sering berhubung untuk bertanya khabar.
Malah kata Fizo, persiapan pertunangan mereka hanya dibuat menerusi telefon dan mereka hanya akan berjumpa jika ada kelapangan.
0 ulasan:
Catat Ulasan