26 September 2013

Posted by jinson on 26.9.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Dengan sekali lafaz, penyanyi, Adam atau Mohd Aizam Md Saman, 30, sah memperisterikan pelakon, Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim 32, kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapa pengantin perempuan, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Shah Alam. Adam yang juga Bintang Akademi Fantasia 2 (AF 2), kemudian menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 serta hantaran berupa sepersalinan lengkap barangan solat. Majlis turut dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga dan rakan terdekat mempelai serta rakan media. Adam dan Fiza mula berkenalan rapat sejak pertengahan Julai lalu. Kemudian Fiza dilamar oleh Adam dalam pertemuan kedua mereka. Fiza merupakan ibu tunggal kepada kepada 2 cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq berusia 2 tahun. Pasangan bakal diraikan dalam majlis persandingan menyambut tetamu oleh pihak lelaki di Sabah pada pertengahan bulan depan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog