6 Ogos 2013

Posted by jinson on 6.8.13 No comments
Dr Ezani Masterchef Demo Hias Cupcake Atas Star Cruise! Pada awal Julai yang lalu, wakil daripada portal Murai bersama-sama rakan media yang terpilih telah dijemput oleh Hwajing Travel & Tours, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan pakej percutian atas kapal mewah mesra muslim ke dua buah lokasi di selatan Thailand. Pengalaman merasai sendiri berlayar di atas Superstar Libra milik Star Cruises yang merupakan pengendali kapal persiaran ketiga terbesar didunia mengubah persepsi serta memberikan kenangan yang manis buat siapa sahaja yang ingin mencari kelaianan ketika bercuti. Berlabuh di Terminal Cruise Antarabangsa Pulau Pinang, Superstar Libra telah menerima kehadiran bukan sahaja para media malah ia turut diiringi juara Masterchef musim pertama iaitu Dr Ezani Farhana. Perjalanan percutian selama 4 hari 3 malam ini akan membawa penumpang membelah Lautan India menuju ke pusat peranginan Krabi serta Phuket. Kehadiran juara rancangan realiti masakan popular ini adalah untuk mencuba masakan dan menu yang diperkenalkan oleh Spices, sebuah restoran yang baru di lancarkan diatas kapal persiaran setinggi 10 tingkat itu. Selain daripada sesi food tasting di restoran Spices, yang menghidangkan makanan 100% halal di lokasi yang sama, Dr Ezani telah bermurah hati menunjukkan demo serta skil yang dimilikinya dengan menggubah kek cawan atau cupcake dalam pelbagai bentuk dan corak. Sempena Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, pihak Murai sempat merakamkan video yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang ingin menghiasi kek cawan buat tetamu. Demo itu yang telah dimasukkan ke dalam salah satu program kapal persiaran itu telah menarik ramai pelancong dan kanak-kanak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog