6 Ogos 2013

Posted by jinson on 6.8.13 No comments
Liputan Video: Era FM Sambut Ulang Tahun Yang Ke-15 Ulang tahun radio no.1 Malaysia, Era FM yang ke-15 telah pun diadakan dengan meriahnya bersempena dengan majlis berbuka puasa yang berlangsung di Hotel Majestic, pada 1 Ogos lalu. Sempena meraikan ulang tahun penubuhan radio tersebut, Era FM telah melancarkan album kompilasi Era Ulang Tahun Ke-15. Memuatkan 15 buah lagu yang menjadi juara carta bagi setiap tahun, album tersebut dilancarkan khas untuk pendengar setia radio tersebut daripada awal pembabitan mereka padan tahun 1998 sehingga kini. 15 buah tersebut adalah merupakan lagu-lagu popular yang kerap menduduki no.1 Carta Era FM sepanjang 15 tahun keudara sehingga kini. Selepas majlis pelancaran album yang melibatkan kerjasama pihak Warner Music Malaysia dan Astro itu berlangsung, acara memotong kek sambil disaksikan oleh tetamu yang hadir termasuk penyampai Era FM yang lain iaitu Hanif, Ray, Adi Fashla, Zahid, Dina Nadzir serta Shac pula diadakan. Selain itu, di majlis yang sama, Era FM turut memperkenalkan dua penyampai radio baru Era FM secara rasmi iaitu Nabil Ahmad dan Aril. Sebagai tanda penghargaan kepada penyanyi tanah air, di majlis tersebut, Era FM turut menganugerahkan Artis Terbaik Era FM kepada Hafiz, Stacy, Faizal Tahir, Misha Omar, Waris dan Forteen berdasarkan prestasi cemerlang mereka sepanjang bulan di frekuensi Era FM. Ingin menyaksikan kemeriahan sambutan ulang tahun Era FM di majlis tersebut? Saksikan liputan video eksklusif Murai bersama pengacara, Ieka di bawah ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog