Penyanyi dan pelakon Ezlynn tidak berasa cemburu terhadap suami yang juga pengurusnya, Adam Fahmi apabila lelaki tersebut menguruskan kerjaya lakonan aktres Siti Saleha. Ezlynn, 31, berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk berperasaan demikian atau mencurigai suaminya kerana hubungan tersebut adalah profesional.
"Itu adalah kerja suami sebagai pengurus artis dan dia profesional dalam tugasnya dan begitu juga dengan Saleha. Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk cemburu," katanya kseperti yang dilaporkan mStar Online. Ezlynn dan Adam, 35, berkahwin pada 20 November 2011 dalam satu majlis yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.
0 ulasan:
Catat Ulasan