6 Ogos 2013

Posted by jinson on 6.8.13 No comments

Menurut laporan Kapanlagi.com, bekas model Della Caroline ditemui mati di Casablanca Apartment, Tower 2, Bilik 206, Jakarta Selatan pada Sabtu lepas. Ketua Perhubungan Awam Polis, Rikwanto berkata, pasukannya menerima laporan kematian mangsa pada Ahad pagi pada jam 2.30 petang. Sebelum meninggal, Della ada bersama Bipin Kumar, Pengurus Cool Meaning PT. Mineral Orora. Rikwanto mendedahkan kronologi kematian Della: “Sekitar jam 9.30 malam, mangsa kembali ke apartmentnya untuk bertemu dengan Mr. Kumar. Sebelum itu, mereka pernah bertemu tiga bulan lepas di Shangrila Hotel Jakarta Tengah. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Mr. Kumar, mangsa mahu mencuci pakaiannya kerana tidak membawa pakaian lebih dan meminta sabun cuci. Ketika mencuci pakaian, mangsa hanya memakai sehelai tuala putih,” kata Rikwanto.


“Selepas itu, mangsa meminta minuman dan kemudian diberikan vodka. Mangsa meminummya dengan sedikit campuran Sprite. Mangsa kemudiaanya dilaporkan menggoreng nugget dan masuk ke bilik tidur. Sebelum itu, mangsa dilihat berulang-alik ke bilik air kerana muntah,” katanya lagi. “Sekitar jam 10 malam, mangsa muntah hingga pengsan. Mr. Kumar kemudiaanya terus melaporkan kepada pihak keselamatan apartment. Pihak keselamatan akhirnya memanggil doktor namun hanya doktor hanya muncul pada pukul 2.10 pagi dan mangsa sudah pun meninggal dunia. Pihak keselamatan akhirnya membuat laporan kejadian itu di balai polis,” ujar Rikwanto lagi. Mayat mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Cipto Mangunkusumo, Salemba, Jakarta.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog