Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari telah menggemparkan dunia perubatan.
Secara logik logik akalnya, mana mungkin seorang manusia yang telah mati boleh melahirkan seorang bayi? Mahmoud Soliman (29), bapa kepada bayi ajaib itu tidak pernah membayangkan akan merasai kesedihan dan kebahagiaan luar baiasa yang luar biasa.
Isterinya, Jayne Soliman (41) telah meninggal dunia akibat otak tidak berfungsi 2 hari sebelum melahirkan anak mereka yang cantik secara pembedahan.
Sepanjang tempoh kehamilannya, Jayne tidak mempunyai sebarang masalah. Namun ketika kehamilannya berusia 25 minggu, dia tiba-tiba merasakan sakit kepala teramat sangat dan kemudian jatuh pengsan.
Jayne telah dikejarkan ke Hospital John Radcliffe, Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.
Memandangkan si kecil di dalam kandungan Jayne masih bernyawa, pasukan doktor mencuba sedaya upaya dengan pelbagai cara dan dengan berbagai alat agar jantung Jayne tetap boleh berdenyut.
Walaupun pada ketika itu Jayne sudah tidak bernyawa, tapi usaha itu dilakukan agar si kecil yang ada di dalam rahimnya dapat diselamatkan.
Doktor telah memberikan 2 dos besar steroid bagi membolehkan jantung bayinya boleh berkembang dengan kadar segera. Setelah 2 hari pasukan doktor itu bertungkus lumus, akhirnya Aya si bayi ajaib itu dilahirkan oleh ibu yang tidak bernyawa melalui pembedahan.
Si kecil itu diletakkan di bahu ibunya bagi memberikan mereka masa bersama seketika sejurus dia dilahirkan dan setelah itu Aya dibawa ke unit rawatan intensif.
Nama Aya yang diberikan oleh bapanya yang diambil dari bahasa Arab yang bererti keajaiban. Dan nama itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.
Allah Maha Kuasa, tiada apa yang mustahil dengan izinNya.
0 ulasan:
Catat Ulasan