23 Ogos 2013

Posted by jinson on 23.8.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Sebagai seorang wanita yang kerjanya 'masuk TV' setiap hari, Fizza Sab Jahan memberitahu walaupun tidak mengamalkan diet yang ketat tetapi dia perlu memastikan kekal memiliki berat badan yang ideal.
 Menurut personaliti berkulit hitam manis ini, sentiasa peka dengan makanan yang dia ambil dan mengamalkan makan dalam kuantiti yang sikit.
 Namun sebetulnya kata Fizza, sekiranya ada yang orang menegur dirinya gemuk, semakin dia gemar menambahkan selera makannya
. "Kurus, ya? Saya kena pastikan badan kurus sebab 'nak masuk TV' kan. Sebab kalau dalam TV kita akan nampak berisi walauapun diluar kita kurus", jawabnya bila ditanya pihak media akan penampilannya yang kelihatan sedikit kurus berbanding sebelum ni.
 Fiza atau nama sebenarnya Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, 31, ditemui pada majlis Rumah Terbuka Wanita Hari Ini (WHI), 'Masih Ada Yang Sayang', bertempat di sebuah restoran di ibukota, baru-baru ini. "Sebenarnya saya ni, kalau orang cakap saya gemuk, lagi saya kuat makan.
 Saya tak diet pun tapi saya jaga pemakanan saya dan amalkan makan dalam kuantiti sedikit. Dulu berat saya 63kg tapi dah turun 12kg", sambungnya pengacara WHI ini lagi.

 Anggap Diri Wartawan

.
Dalam pada itu Fizza meluahkan rasa syukur kerana tidak menyangkan biarpun dalam usia yang agak lewat dia menyertai dunia penyiaran namun selama tujuh tahun bergelar personaliti TV banyak pengalaman dan ilmu yang ditimbanya.
 Malah tidak hanya tertumpu pada WHI saja sebaliknya Fizza banyak mendapat peluang untuk membuktikan bakat mengacaranya seperti dalam program kecantikan May Fair dan Sembang Sahur.
 "Saya mula agak lewat dalam bidang ni iaitu ketika umur 26 tahun. Saya bermula dari program Nona. Dan saya sedar bukan senang orang (penonton) nak terima kita.
 Tapi bagi saya kalau pun kita kurang dari segi paras rupa, saya cuba buktikan menerusi bakat saya. Alhamdulillah dah tujuh tahun saya dalam bidang ni dan saya banyak juga diberikan peluang.
 "Walaupun sebagai personaliti TV tapi saya tak diri saya hanya sebagai pengacara tetapi juga seorang wartawan. Jadi saya juga lalui kesibukan kerja dan jadual kerja yang tidak tentu masa. Saya bersyukur kerana keluarga memahami kerjaya saya", ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog