Khir Rahman berkata, walaupun sudah cuba sedaya upaya untuk tidak mengingati atau meratapi ketiadaan ibunya di ramadan pertama, namun rasa itu tetap lahir dengan semula jadi.
"Sudah tentu saya tiada pengalaman menyambut ramadan tanpa ibu tetapi saya laluinya dengan seadanya dan semampu yang boleh. Terus-terang, rasa sangat sebak dan kehilangan apabila ramadan pertama yang biasanya kami sekeluarga akan bersahur dan berbuka bersama tapi kali ini dilalui tanpa dia.
"Masing-masing iaitu bapa dan kami adik beradik saya lihat cuba buat-buat lupa, namun ternyata saya pasti setiap daripada mereka mesti merasa sebak dan menangis teruk seperti apa yang saya rasa ketika itu. "Walaupun orang di luar tidak nampak saya bersedih, tetapi hakikatnya sehingga kini jika bersendiri saya akan meratapi pemergian ibu dengn menangis sendirian," luahnya kepada murai.com.my di Majlis Berbuka Puasa Grand Briliance bersama anak-anak yatim di Kompleks Anak Yati, Darul Kifayah, Batu Caves semalam.
Namun, Khir Rahman pasti, orang yang paling rapat dengan ibunya iaitu bapanya yang juga penaynyi era 60-an, Dato` A Rahman Hassan adalah orang yang lebih terasa akan kehilangan ibunya. "Saya kagum melihat bagaimana Abah lalui semua ini kerana dia adalah orang yang sentiasa bersama dan menemani ke mana-aman sahaja ibu pergi.
Saya harap abah ok dan tenang sahaja menerima takdir ini. Saya tidak tahu apa yang terbuku di hatinya tetapi saya tahu dia juga ada rasa yang sama, malah lebih. "Jadi, kami adik beradik mengambil inisiatif untuk selalu balik ke rumahnya daripada setiap minggu hingga ke setiap hari kami jika ada masa terluang," beritahunya.
Sementara itu, Khir sempat berkongsi 2 perkara yang buat dia paling rindu sejak pemergian ibunya. "Perkara paling rindu adalah pelukan dan sentuhan ibu kerana ianya seperti syurga yang boleh menenangkan. Kedua adalah saya kini sudah hilang tempat merujuk kerana sebelum ini apa juga keputusan yang saya hendak buat saya akan merujuk atau bertanyakan kepada ibu saya.
Sebagai contoh, ibulah orang yang menyokong saya mengarahkan filem ...Dalam Botol. "Namun, saya harap, saya dapat lalui kehidupan ini dengan sebaiknya,walaupun tanpa ibu," tambahnya lagi. Mengenai perkembangan terbaru, Khir yang bakal muncul dengan Filem Lemak Kampung Santan bersama pelakon Hans Issac dan Neelofa itu kini sedang dalam proses menyiapkan lakon layar untuk filem Garang.
0 ulasan:
Catat Ulasan