Laporan Malaysian Digest memetik, lafaz cerai Benjy telah dilakukan dihadapan Hakim Khairul Azwadi Mohamed Nor jam 9.40 pagi tadi selepas mereka berdua bersetuju untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secara damai.
Benjy dilihat bersalaman dengan bekas isterinya itu selain sempat mencium dahi bekas isterinya itu. Mengulas lanjut tentang kes penceraiannya itu, Benjy mengakui ini lebih tenang dan akan terus menjalani kehidupannya seperti biasa selepas ini.
"Alhamdullilah semua sudah selesai. Tiada apa yang boleh saya perkatakan. Saya akan jalani kehidupan baru seperti biasa selepas ini. Anak lelaki kami, Firdaus akan tinggal dengan ibunya tetapi apabila cuti dia akan bersama saya.
"Kami sudah tidak sehaluan jadi ini adalah jalan terakhir buat kami tetapi hubungan kami masih berkawan dan akan jaga Firdaus secara bergilir-gilir," jelas Benjy. Anak kepada pelakon veteran Azean Irdawaty ini telah mendirikan rumah tangga dengan Safiya Stephanie Kar Leng Lee yang juga seorang mualaf pada 9 Februari 2004.
Hasil perkahwinan tersebut,mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 7 tahun. Mereka berdua sebelum ini pernah bercerai pada 7 Julau 2008 dengan talak satu tetapi kembali merujuk pada hari yang sama.
Benjy juga pernah ditahan atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu pada Mac 2010. Baru-baru ini Benjy kembali menjadi perhatian umum selepas dia didakwa atas kesalahan yang sama dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa pada 26 Jun yang lalu.
0 ulasan:
Catat Ulasan