1 Ogos 2013

Posted by jinson on 1.8.13 No comments
Amina Terkejut Diserbu Fans Malaysia di Mid ValleyDiserbu oleh puluhan peminat di Malaysia, barangkali adalah satu pengalaman yang sama sekali tidak dijangka oleh MasterChef Australia Musim Ke 4, Amina El Shafei tatkala dia memperlihatkan kepakarannya menyediakan nasi goreng Centre Court, Mid Valley Megamall pada Selasa lalu. Ketika ditemui portal Murai, Amina mengakui bahawa dia tidak menyangka sampai begitu sekali respon yang bakal diterimanya di sini. "Saya terkejut melihat kehadiran peminat dan sama sekali tidak menyangka saya akan diserbu peminat. Saya sangkakan hanya di Australia saja saya akan berhadapan dengan situasi yang sebegini. "Tapi, rupa-rupanya situasi yang sama turut saya alami di negara ini. Apapun, saya sangat senang berada di Malaysia. Orang-orangnya sangat baik. Saya juga sudah lama teringin untuk menikmati masakan Malaysia. "Antaranya ialah seperti murtabak dan buahan-buahan tropika di sini sangat sedap. Saya suka rambutan, mangga dan manggis. Saya suka dengan rasanya. Rasanya sangat luar biasa," katanya kepada portral Murai. Sementara itu, beberapa peminat yang terpilih pula berpeluang melihat berkongsi hidangan dalam satu sesi yang turut turut memberi peluang kepada peminat untuk belajar memasak daripada dalam satu demonstrasi secara eksklusif yang diadakan di Blu Med Ristorante, Mid Valley City. Menariknya, di dalam demonstrasti secara eksklusif anjurkan Lifetime™ (Saluran Astro 709) yang menyiarkan MasterChef Australia Musim Ke 4 setiap hari minggu pada jam 7 malam dan 11 malam, Amina telah berkongsi resepi unik iaitu pencuci mulut: Kek Pandan Kukus dengan Laici, Rambutan dan Longan Bersirap. Jururawat berusia 28 tahun dari New South Wales ini juga amat berbangga dengan identitinya yang berkacukan Mesir dan Korea, yang memberi beliau warisan gabungan masakan dua budaya yang berbeza. Perspektif unik ini yang membantu beliau berjaya ke peringkat akhir siri ini. "Saya berbesar hati untuk berada di sini dan saya kagum dengan bilangan besar rakyat Malaysia yang meminati MasterChef Australia! Bertemu dengan peminat program ini adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan. "MasterChef Australia telah mengajar saya banyak perkara tentang masakan dan berkenaan diri saya sendiri dan ia telah membuka banyak ruang untuk saya mencapai impian terus berjaya dalam industri makanan satu hari nanti," kata Amina. Klik di sini untuk melihat galeri foto Amina di Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog