Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, pereka fesyen yang terkenal dengan rekaan busana sentuhan gaya tradisoanal Melayu, Salikin Sidek tampil dengan koleksi rekaan yang cukup memikat hati. Tahun ini ditawarkan variasi koleksi klasik yang terdiri daripada pelbagai rekaan baju kurung dan baju Melayu tradisional. Buat para wanita yang ingin tampil ayu menawan di pagi Syawal, antara koleksi yang ditawarkan seperti baju kurung Pahang, baju kurung Johor, baju kurung Kedah dengan variasi teksil corak kotak-kotak, polos dan plan dengan pilihan warna klasik.
Sementara buat para jejaka budiman, terdapat rekaan baju Melayu dan baju Melayu cekak musang dengan jahitan tuang belut. Ditawarkan dalam pelbagai warna lebih terang serta mempelbagaikan perincian terutama pada bahagian leher.
Istimewanya fabrik yang digunakan pada rekaan beliau terdiri daripada fabrik natural fiber dan bukannya sintetik seperti kebanyakan baju-baju yang ada di pasaran luar. Menurut Salikin yang ditemui di butiknya di Ampang Park, Kuala Lumpur, koleksi Aidilfitri tahun ini direkaan eksklusif sebanyak 200 helai untuk pakaian wanita dan 200 helai untuk pakaian lelaki, masing-masing untuk kategori saiz S, M, L dan XL. Harga yang ditawarkan dari RM480 dan ke atas.
"
Kebiasaannya pelanggan tetap kami akan datang membuat tempahan mulai enam bulan sebelum tiba Ramadan dan kita akan berhenti mengambil tempahan pada dua bulan sebelum menjelang raya Aidilfitri", katanya yang lebih 20 tahun bergelumang dalam dunia fesyen tradisional. Selain itu, di butikya juga menawarkan seledang tenun Chini, kain sarung dan samping dari benang Chini dan songket yang berharga antara RM380. Serta capal berharga RM120. Bagi mereka yang mahukan pnapilan yang lebih santai, turut ditawarkan koleksi kemeja bercorak batik pelbagai warna.
0 ulasan:
Catat Ulasan