19 Ogos 2013

Posted by jinson on 19.8.13 No comments
Kemalangan yang membabitkan kenderaan seperti bas boleh dianggap sesuatu yang mengerikan. Sebuah kenderaan yang besar mampu memuatkan 40 orang penumpang adalah merupakan satu amanah yang perlu digalas oleh seorang pemandu. Jika pemandu bas bersikap lewa, maka nyawa penumpang akan berisiko tinggi boleh melayang. Video yang Melayukini.net ingin kongsikan bersama anda adalah tentang satu kemalangan ngeri yang membabitkan sebuah bas di negara China. Anda boleh tonton video.

ss

ss2Sebuah kemalangan bas yang berlaku pada 2/8/2013 ini telah berlaku di Lebuhraya Jinhua-Lishui-Wenzhou yang menghala ke arah Jinhua. Bas ekspres yang membawa gerombolan pelancong itu terlibat kemalangan dengan sebuah lori treler. Bas berkenaan dikatakan terlepas susur keluar persimpangan berhampiran apabila pemandu bas berusaha mengundur semula untuk keluar dari lebuhraya berkenaan sebelum dirempuh lori treler dari arah belakang. Pemandu lori dilaporkan terbunuh di tempat kejadian. Bagi penumpang di dalam bas, tiada kematian dilaporkan dan mereka yang cedera dihantar ke hospital berdekatan. Keadaan di tempat kejadian sangat dashyat dan mengerikan, bas dan lori berada di tengah-tengah lebuhraya sejurus selepas kemalangan berlaku yang menyebabkan pemandu lori terbunuh dan 10 dari 22 orang penumpang bergelimpangan di jalan raya selepas terpelanting keluar dari bas.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog