19 Ogos 2013

Posted by jinson on 19.8.13 No comments
Siapa di sini perna pernah berhadapan dengan masalah minyak motor habis di pertengahan jalan. Bayangkan jika masalah itu kita hadapi di kawasan yang agak terpencil ataupun jauh dari stesen minyak. Untunglah nasib jika ada orang yang lalu ataupun menghulurkan bantuan. Kisah ini bermula apabila seorang lelaki telah kehabisan minyak motosikal, namun dirinya telah didatang seorang anggota polis berpangkat koperal trafik. Anggota polis berkenaan telah membantu dirinya untuk mendapatkan minyak. Ada sesuatu yang menarik di sebalik kisah ini.

polis2
Walaupun wang ringgit yang dikeluarkan untuk membantu mungkin tidak mahal, nilainya amat tinggi buat orang yang sedang memerlukan pertolongan. Itulah contoh kejadian yang berlaku jam 6 petang semalam, apabila seorang pemuda bernama Khairi Amer kehabisan minyak motor di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. Khairi amat bersyukur apabila seorang anggota trafik berpangkat Koperal sudi membantunya membelikan minyak motor. Malah menurut Khairi yang berkongsikan kejadian ini di Facebook PDRM, anggota trafik berkenaan datang bersama minyak motor dalam botol besar yang dibeli dari stesen minyak berhampiran walaupun dia cuma memberikan botol kecil kepadanya sebelum itu.

Polis1Anggota trafik itu juga hanya tersenyum dan tidak mahu menerima wang yang dikeluarkannya untuk membelikan minyak motor tersebut walaupun dihulur. Tahniah diucapkan kepada PDRM yang berjaya melahirkan penjawat awam yang berdedikasi menjalankan tugas seperti anggota trafik tersebut. Semoga lebih banyak lagi kes-kes seperti ini dapat didengar pada masa akan datang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog