19 Ogos 2013

Posted by jinson on 19.8.13 No comments
Mumia merupakan mayat yang telah diawet sejak dari zaman beribu tahun dahulu. Jika anda pernah berkunjung ke Mesir, mungkin mendapat pendedahan tentang mayat mumia ini. Apa yang Melayukini.net ingin kongsikan bersama anda adalah tentang penemuan mayat mumia yang dipercayai berada di atas loteng rumah. Penemuan ini disaksikan sendiri oleh seorang budak lelaki berusia 10 tahun. Budak itu sendiri terkejut dan tidak percaya bagaimana mumia itu boleh berada dalam rumahnya.

mumiaSeorang budak lelaki berumur 10 tahun menemui sebuah mumia di loteng bumbung rumahnya di Bandar Diepholz, Jerman. Alexander Kettler terus melaporkan penemuannya itu kepada ayahnya, Lutz Dipetik dari BBC, (4/8/2013), Lutz mengagak kemungkinan mumia itu disimpan oleh ayahnya yang sudah meninggal. Ayahnya pernah melancong ke Afrika pada tahun 1950-an. Doktor gigi itu tidak tahu mumia tersebut asli atau hanya replika. Dia berniat membawanya ke Kota Berlin untuk diperiksa. Mumia memang menjadi ole-ole yang popular di Jerman pada tahun 1950-an. Penduduk Jerman pada ketika itu sering menyambut pesta untuk membuka pembalut mumia bersama-sama. Selain mumia, Alexander juga mendapati beberapa balang kuno. Balang itu berfungsi untuk menyimpan organ yang dikeluarkan dari tubuh mumia.

mummy

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog