20 Julai 2013

Posted by jinson on 20.7.13 No comments


images



Saat ini penyanyi kesayangan ramai Shila Amzah telah pun selamat berada semula di Shanghai . Beberapa sebelum kepulangannya ke sana, Malaysian Digest sempat bertemu gadis ini di majlis berbuka puasa anjuran TV9, pada Selasa lalu. Shila memberitahu walaupun dalam keadaan berpuasa, sekembalinya ke tanah besar China itu, jadual yang padat sedia menanti anak dara kepada penyanyi ND Lala ini. “Balik saja nanti, Sha akan terus sibuk ikuti kelas mandarin, non stop. Sha ada lebih kurang sebulan saja lagi nak kena habiskan kelas dan pastikan Shah betul-betul fasih bertutur dalam bahasa Mandarin. Harap-harap semua berjalan lancar. “Sebab Sha akan terlibat dengan beberapa program TV di sana. Selain tu Sha kena ikuti latihan untuk kuruskan badan dan beberapa lagi aktiviti seni”, kata gadis berusia 23 tahun ini yang selesa membahasakan dirinya sebagai Sha. Berkongsi serba sedikit kehidupan di sana, menurut Shila dia gembira dengan perkembangan kariernya sekarang. Biarpun jauh dari keluarga tercinta namun dia semakin selesa menjalani rutin harian di negara yang menobatkannya sebagai Juara Asian Wave 2012 itu. “Alhamdulillah, Sha gembira. Bila di sana Sha banyak fokus pada kerja. Sha akui Sha masih berusaha gigih, masih struggle untuk menempatkan diri di sana. Di sana sudah ramai artis mereka yang jauh lebih popular. Berbeza dengan di sini, kalau keluar tu ada jer peminat yang kenal dan nak bergambar bersama. Dan apa yang kita buat semua orang akan ambil tahu. Di sana Sha ni masih baby lagi. Boleh kata Sha bebas sikit lah kalau nak bergerak ke mana-mana sebab kalau terserempak dengan peminat pun, mereka akan amati Sha dulu betul-betul. Dah lama sikit baru mereka datang dekati Sha. “Lagipun kat sana kalau keluar, Sha biasa pakai turban. Jadi mungkin mereka tak kenal sangat Sha. Kira Sha macam ada dua dunia lah. Tu yang seronok tu. Sebab ada masa Sha sebagai artis dan dalam masa sama Sha boleh jalani hidup normal. Di sana pun selamat. Kat mana-mana ada CCTV. Tak lah bimbang sangat kalau nak keluar berjalan-jalan”, katanya yang berkawan rapat dengan salah seorang peserta Asian Wave, Chang Shi Lei. Akan menyambut hari Raya Aidifitri di tanah air, Shila akan pulang semula ke sini dua hari sebelum ketibaan Syawal. Kemudian dia akan kembali semula ke Shanghai, pada raya ketiga.

Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog