20 Julai 2013

Posted by jinson on 20.7.13 No comments
Tiket Konsert Sheila Majid & Harvey Malaiholo Sold Out! Setelah lebih 28 tahun mendambakan diri dalam dunia seni khususnya nyanyian, pelantun lagu Lagenda iaitu Dato' Sheila Majid juga kini layak dilabel the living legend apabila melihat pencapaian dan kejayaan yang diraihnya dalam jangka waktu tersebut. Ratu jazz pujaan negara dan tanah seberang yakni Indonesia ini juga tidak pernah sepi dengan pelbagai aktiviti seni yang disertainya. Yang terbaru bakal menemui peminat adalah konsert amal One Night Only Charity Concert Live at Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang menggandingkan Dato' Sheila Majid dan lagenda seberang Harvey Malaiholo. Namun khabarnya tiket untuk konsert ekslusif dua nama besar dalam industri muzik Malaysia dan Indonesia yang bakal berlangsung pada 8 Oktober itu telah habis dijual. Dato' Sheila atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid turut berkongsi perasaan menjelangnya konsert tersebut tidak lama lagi. "Dapat membuat persembahan di iringi sekumpulan pemuzik hebat di Dewan Filharmonik Petronas adalah satu perasaan yang mengujakan tentunya. Apatah lagi dengan gandingan bersama Harvey Malaiholo ia menambah lagi keterujaan saya untuk konsert ini. "Harvey juga bukanlah individu yang asing dengan saya kerana tahun lepas dia telah menjemput saya membuat persembahan pada ulangtahun ke 30 penglibatannya dalam dunia seni di Jakarta. Tetapi bila kami berdua dipilih untuk berkongsi pentas dalam konsert, saya terharu dan begitu juga Harvey ketika dihubungi. "Mengenai konsep persembahan dan pemilihan lagu itu saya tidak mahu reveal kerana ia akan menjadi kejutan buat penonton yang hadir nanti. Pada siapa yang belum memiliki tiket, khabarnya tiket sudah sold out di kaunter tiket online. "Tetapi jika ada yang belum membeli mungkin boleh menghubungi DFP atau kaunter tiket online untuk bertanyakan mengenai status sebenar penjualan tiket konsert tersebut,"ujarnya yang ditemui pada majlis berbuka puasa bersama persatuan KARYAWAN yang diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang, semalam. Hadir ditemani suami, Hasridz Murshim Hashim atau Acis, Dato' Sheila Majid antara undangan yang turut sama meraikan para artis veteran dalam acara berbuka puasa anjuran KARYAWAN yang turut dihadiri Menteri Kebudayaan dan Pelancongan iaitu Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Pada majlis tersebut juga KARYAWANdiwakili Presiden, Dato' Freddie Fernandez telah memberikan sumbangan kepada para artis veteran seperti Zaiton Sameon, Z. Lokman, Dato' M Daud Kilau, Samsudin Lamin dan ramai lagi yang hadir pada majlis tersebut.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog