20 Julai 2013

Posted by jinson on 20.7.13 No comments


Barangkali takut kehilangan Cristiano Ronaldo, pasangannya Irina Shayk mengakui dia terpaksa mencari keseimbangan kerana menggemari makanan. Dalam isu terbaru majalah GQ Rusia, supermodel itu membuktikan hasil kerja kerasnya mendapatkan bentuk badan yang menarik dengan menghabiskan masa di gimnasium. Irina, 27, mengaku dalam majalah tersebut bahawa dia cuba untuk mencari keseimbangan yang baik antara cintanya terhadap makanan dan semangatnya untuk bekerja di luar berikutan jadual modelnya yang mencabar. Teman lelakinya yang juga pemain terkemuka Real Madrid, Cristiano Ronaldo tidak syak lagi akan dicemburui selepas gambar Irina dipaparkan di muka hadapan majalah itu dengan pakaian seksi serta seluar kulit ketat. Irina berkata, "Saya benar-benar suka bersenam dan kegemaran saya adalah pilates dan berjalan di sepanjang Lebuh Raya West Side apabila saya di New York. "Ia menjadi sukar apabila saya banyak mengembara kerana saya akan menjadi malas dan saya suka makan, maka saya cuba mencari keseimbangan." Dia mengakui memberi keutamaan kepada Cristiano Ronaldo dengan keluar bercuti bersama untuk menghabiskan rehat musim panas ini, dan selepas ini merancang pula untuk menziarahi keluarganya di Rusia

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog