20 Julai 2013

Posted by jinson on 20.7.13 No comments
Luahan Hati Hafiz Sebagai Anak SeniKUALA LUMPUR, 20 JULAI 2013: Lima tahun perjalanan anak seni kelahiran Kuching, Sarawak ini memberi banyak pengalaman dan pengajaran buat dirinya sebagai seorang penyanyi. Bermula dari bertatih, pelahan-lahan mula berdiri dan kini mampu untuk berjalan, Hafiz Suip kembali dengan album kedua berjudul 'Luahan Hati Anak Seni'. Berbeza dengan album pertama Masih Jelas pada tahun 2009, album kedua Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz bin Mohd Suip memilih untuk konsep album berbentuk sebuah majalah mini dengan potret di hapadan yang menunjukkan simbol sshhh atau seperti rahsia yang membawa 1001 maksud. Luahan Hati Anak Seni mempertaruhkan sembilan buah lagu di mana dua buah lagu hasil ciptaan Hafiz sendiri iaitu 'Mungkinkah' dan 'Deklamasiku' yang diciptanya untuk menceritakan tentang pengalaman pahit ketika bercinta. Sembilan buah lagu dalam album 'Luahan Hati Anak Seni':
 1. Bahagiamu Deritaku (Baiduri/LY)
 2. Mungkinkah (Hafiz Suip/Idzham)
 3. Hanya Ingin Kau Cinta (Mega Pandawa)
 4. Deklamasikun (Hafiz Suip/Kuncidemak)
 5. Kesimpulan (Ajai/Ajai)
 6. Patah Hati (Satriya Anggun)
 7. Satu Cerita (Mohd Atlas/Aiman)
 8. Muara Hati (Manusia Putih)
 9. Matahari (Ajai)
 Masih mengekalkan konsep Balada dan Pop, album ini mengetengahkan komposer dan penulis lirik hebat dari Malaysia dan Indonesia iaitu Manusia Putih, Ajai, Ly Baiduri, Mega Pandawa, Mohd Atlas dan ramai lagi. Single pertama dalam album ini, Bahagiamu Deritaku telah pun menjadi hits dan sering diputarkan di radio-radio tempatan mahupun di Indonesia. Malah muzik video Bahagiamu Deritaku telah pun mencapai 2.1 juta hits sejak ianya dilancarkan pada 18 Mac 2013. Selain Bahagiamu Deritaku, Muara Hati turut mendapat perhatian setelah ianya menjadi lagu tema untuk drama bersiri popular Astro, Adam & Hawa dan turut menampilan Dato' Siti Nurhaliza yang berduet turut dengan Hafiz Suip. Jadi Apa yang menarik tentang album terbaru Hafiz ini? Ianya terletak kepada kematangan mutu vokal Hafiz yang tidak perlu dipertikaikan lagi selain mutu pemilihan lagu dalam melengkapkan senaskah 'mini magazine' khas buat para peminat setianya. Album ini diedarkan oleh Warner Music Malaysia dengan kerjasama Astro dan boleh dimua turun lagu-lagu dalam album ini menerusi telefon bimbit secara digital. Harga sebuah album 'Luahan Hati Anak Seni' dengan hanya RM24.90!
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog