22 Julai 2013

Posted by jinson on 22.7.13 No comments


Gol tandukan Fadhli Shas sudah cukup untuk menceriakan peminat negara walaupun pasukan Malaysia tewas 4-1. Mungkin Chelsea sudah mengendurkan serangan selepas Chelsea mendahului 3-0 pada babak pertama, tetapi gerakan berkenaan hasil daripada sepakan percuma Nazrin Nawi menceritakan segalanya bahawa muka-muka baru jika diberi peluang, mampu menyerlah. Skuad kebangsaan turun dengan sedikit pendekatan berbeza apabila Mahali Jasuli diletakkan sebagai pemain sayap kanan. Datuk K. Rajagobal mengekalkan sebahagian besar kesebelasan yang diturunkan semasa diuji Chonburi FC tempoh hari, dengan Azizi Mat Rose kekal bergandingan dengan Aidil Zafuan Abdul Razak yang diapit Nik Shahrul Azim dan Asraruddin Putra Omar. K. Gurusamy dan Shakir Saari diberi tanggungjawab untuk menjana gerakan dari bahagian tengah dan S. Kunanlan diletakkan di bahagian kiri untuk memberikan sokongan gandingan penyerang Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan Talaha. Farizal Marlias yang beraksi cemerlang semasa menentang The Blues dua tahun lalu turut mendapat kepercayaan. Para pemain negara ternyata agak gugup di awal permainan dan tendangan gol Farizal Marlias sendiri turut tidak tepat. Chelsea hanya mengambil masa lima minit untuk merobek pintu gol negara hasil gerakan hantaran cantik Kevin De Brunye yang membaca larian Bertrand Traore. Pemain negara bagaimanapun tidak mudah mengalah dengan cubaan jarak dekat Gurusamy dinafikan Mark Shwarzer. Gol kedua Chelsea pula terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila Kevin De Brunye dilanda kecederaan selepas melepaskan sepakan kencang yang melepasi jangkauan Farizal. Kesempatan sepakan percuma diperoleh Harimau Malaya tidak dimanfaatkan dengan hanya percubaan lemah sepakan percuma Amri. Selepas itu Aidil sempat mendapat peluang di depan gol tetapi Schwazer tidak rela pintu golnya dibolosi. Menuju waktu rehat, Aidil dan pertahanan yang baru dimasukkan, Fadhli Shas yang menggantikan Azizi tidak berdaya untuk mengatasi Romelu Lukaku untuk gol ketiga Chelsea, selepas pemain itu berjaya melepasi perangkap ofsaid. Corak skuad negara lebih tersusun selepas pertukaran besar-besaran yang dilakukan. Safiq Rahim, Amiridzwan Taj, Norfarhan dimasukkan diikuti Nazmi Faiz, Safee Sali dan Nazrin Nawi dengan serangan tertumpu kepada di sebelah kiri Chelsea. Bahagian tengah lebih tenang untuk mengawal bola sehingga pergerakan Ramirez dan rakan-rakan agak terbatas. Jika Amri Yahyah lebih fokus, satu gol hampir pasti dapat diraikan peminat negara. Sepakan percuma dari Safiq Rahim juga sempat menggugat pertahanan lawan. Berbaki 19 minit masa perlawaan, agak mengejutkan apabila Rajagobal meletakkan Putera Nadher Amarhan bagi menggantikan tempat Aidil selaku pertahanan tengah. Selepas Amri dikeluarkan diakhir perlawanan, bermakna hanya Farizal sahaja pemain tunggal negara yang kekal dalam kesebelasan utama. Victor Moses akhir menambah bilangan gol keempat buat Chelsea. Fadhli Shas kemudian berjaya menjadi pemain pertama yang menggegar skuad bimbingan Jose Mourinho itu musim ini. Malaysia hampir mendapat gol lagi, sekali lagi dari kelicikan Nazrin tetapi kali ini rembatan Nizad Ayub dikeluarkan dari atas garisan gol
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog