22 Julai 2013

Posted by jinson on 22.7.13 No comments
Dulu Terbiar Dan Merempat, Kini Jadi Rebutan | Jika sebelum ini, wanita ini dan pasangannya dibiar merempat bawah jejambat di tepi Sungai Klang, di sini, namun selepas kelahiran bayi sulung, Isnin lalu, ‘skrip’ kehidupan mereka tiba-tiba berubah.

Dulu Terbiar Dan Merempat, Kini Jadi Rebutan
Maya, 23, suaminya, Zaki, 29, serta bayi lelaki mereka dipaksa mengikut keluarga pulang ke kampung wanita berkenaan di Arau, Perlis, walaupun sebelum ini dia mendakwa mereka langsung tidak dihiraukan keluarga. Insiden perebutan bayi itu berlaku kira-kira sejam di pekarangan Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur kelmarin, antara Maya dan tiga abang serta bapa saudaranya yang datang dari Perlis untuk mengambil mereka bertiga sebaik pasangan gelandangan itu dibenarkan keluar pada hari sama.

Dulu Terbiar Dan Merempat, Kini Jadi Rebutan
Wartawan Metro yang berada di situ atas pelawaan Zaki mendapati, suasana tegang antara Maya dan keluarganya turut menarik campur tangan rakan gelandangan mereka yang hadir untuk melawat, seterusnya mencuri tumpuan kakitangan HKL serta pesakit lain. Ini kerana, Maya tetap dengan keputusan tidak mahu mengikut keluarganya pulang ke kampung, sebaliknya ingin tinggal bersama Zaki dan bayi lelakinya di ibu kota.


Akhirnya, pasangan yang merempat ini dipelawa dan memutuskan untuk tinggal sementara bersama sebuah keluarga angkat mereka di pinggir Kuala Lumpur.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog