Sepanjang bulan Ramadan ni, banyak betul jemputan berbuka puasa yang Murai Batu terima. Orang kata, rezeki jangan ditolak kan? Murai Batu pun suka bila ada jemputan berbuka puasa ni, yelah kalau berbuka di hotel tu, menunya beratus-ratus banyaknnya. Siapalah yang tak sukakan?
Bila pergi majlis berbuka puasa ni, tak sahlah kalau tiada persembahan nyanyian nasyid atau lagu raya daripada artis dan juga penyanyi hotel. Sambil makan, sambil berhiburlahkan.
Tapi, dalam satu majlis berbuka puasa yang Murai Batu hadiri hari tu, ada seorang artis ni yang sedang seronok melawak sambil menyanyi di pentas tiba-tiba tergolek depan pentas ketika sedang turun daripada pentas untuk mendekati jemputan anak yatim di majlis itu.
Disebabkan artis ni ala pelawak yang gila-gila, semua tetamu yang hadir lucu melihat gelagatnya dan tergelak bagai nak rak malam tu. Nyata artis ni bukan sahaja boleh menyanyi tetapi penghibur yang terbaik malam tu.
Murai Batu nak tergelak pun ada, nak kesian pun ada. Yelah, mestilah sedikit sebanyak artis itu malukan? Tapi Murai Batu patut puji pada artis ni kerana dia memang profesional ketika terjatuh saat menyanyikan lagu popular hari raya itu, dia terus bangun dan terus sambung menyanyikan lagu tersebut sambil bergurau senda dnegan anak-anak yatim yang hadir.
Dia bersembang dan nyanyi balik macam tidak ada apa-ap yang berlaku sebelumnya. Rasanya tak ramai artis yang boleh berbuat begitukan? Apa-apa pun Murai Batu ingin ucapkan tahniah kepada artis ini kerana berjaya membuatkan ramai tetamu yang hadir suka dan gembira dengan persembahannya.
Categories: PANAS
0 ulasan:
Catat Ulasan