Barisan teraju utama teater 'Bahayanya Wanita'. (dari kiri) Erra Fazira, Zizan Razak, Nora Danish dan Umie Aida.
Teater muzikal komedi Bahayanya Wanita yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada Disember depan yang mana mendedahkan tentang kisah berpoligami bukan lah untuk merendah-rendahkan martabat bagi mana-mana pasangan yang bermadu.
Menurut Umie Aida yang juga merupakan penerbit dan teater tersebut, meskipun naskah arahan Zamberi Shari (Bombay) ini di sampaikan dalam bentuk komedi namun sarat dengan mesej dan situasi yang berlaku dalam kehidupan realiti.
"Kalau ambil dari sudut negatif, ia akan nampak negatif lah. Tapi kalau kita pandang dari sudut positif ia akan jadi positif. Kita tidak berniat mahu merendah-rendahkan kehidupan pasangan yang berpoligami, sebaliknya kita paparkan apa yang dilalui dalam kehidupan realitinya yang terjadi pada masyarakat kita.
"Kita akan pentaskan ia dalam bentuk komedi ringan. Jika sesiapa yang melaluinya akan lebih terasa. Terserah pada pemikiran penonton. Tapi apa yang saya boleh saya katakan, teater ini memang..., siapa yang makan cili, dia lah yang terasa pedasnya", kata Umie Aida ketika ditemui pada sidang media teater tersebut, di Istana Budaya, petang semalam.
Pada masa sama, Umie tidak menolak pemilihan pelakon popular membarisi teater tersebut bertujuan untuk menarik lebih ramai penonton ke Istana Budaya.
"Dengan barisan pelakon hebat dan popular daam teater ini, bajet kita memang agak besar. Tapi bagi saya ia adalah salah satu cara pemasaran untuk menarik lebih ramai penonton datang menyaksikan teater.
Kita tahu pelakon-pelakon yang kita pilih ini mempunyai pengikut tersendiri," ujarnya.
Bakal dipentaskan mulai 20 hingga 31 Disember depan di Panggung Sari, Istana Budaya, teater yang diterbitkan oleh Frensis Sdn Bhd ini turut dibarisi Erra Fazira, Zizan Razak, Nora Danish dan Johan Ashari.
0 ulasan:
Catat Ulasan