19 Oktober 2013

Posted by jinson on 19.10.13 No comments
.
Aaron Aziz vs Khairy Jamaluddin (KJ). Mereka berbeza bidang namun masing-masing punya pengaruh sekaligus ramai pengikut. Selepas berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin 'dicabar' pula oleh Aaron Aziz pula tetapi bukan di arena politik.
Sebaliknya kedua-dua figura ini bakal bersaing dalam kategori Wired Celebrity Award yang dipertandingkan di Shout! Awards 2013. Dengan pencalonan tersebut, awal malam tadi menerusi akaun Twitter rasmi Menteri Belia dan Sukan ini, beliau telah memuat naik status,

.
Selain Aaron Aziz dan KJ, turut tercalon dalam kategori yang sama termasuklah Adibah Noor, Yuna, Sofia Jane serta Sharifah Amani, Sharifah Aleya dan ibu mereka, Fatimah Abu Bakar.

.
Wired Celebrity Award adalah anugerah khas yang diletakkan dibawah kategori Media Sosial. Ia mula diperkenalkan pada tahun lalu dan Yuna adalah selebriti pertama yang berjaya menggondol anugerah ini. Bagi anda yang ingin mengundi dan melihat lebih info mengenai Shout! Awards 2013, boleh layari laman rasmi http://www.shoutawards.com.my Anugerah Shout bakal diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada hari Sabtu, 9 November depan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog