19 Oktober 2013

Posted by jinson on 19.10.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Penyanyi Black Hanafiah menafikan ada menggunakan orang tengah untuk urusan menyewa busana perkahwinannya dengan Naquia Yasirah Mohamad Khairi sehingga timbul isu bayaran itu belum dijelaskan. Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, dia tidak pernah menggunakan mana-mana orang perantaraan untuk urusan perkahwinannya termasuk soal menyewa pakaian daripada seorang pereka fesyen. 
"Gosip mengaitkan saya yang menjadi mangsa orang tengah apabila individu itu enggan melunaskan bayaran perkahwinan sebagai tidak masuk akal kerana saya tidak pernah berurusan dengan mana-mana orang tengah. "Saya sendiri tidak mengetahui mengenai cerita berkenaan dan ia tidak berkaitan dengan saya," jelasnya. Black dan Naquia, 28, selamat diijabkabulkan pada 13 September lalu dalam satu majlis yang diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan dekat sini.
Dalam perkembangan sama, Black berkata, majlis perkahwinannya tidak mendapat sebarang tajaan daripada mana-mana pihak melainkan pelamin ketika di majlis pernikahan di Zebra Square dan majlis resepsi di Pantai Dalam. Jelas Black, dia juga tidak berhutang dengan mana-mana pihak kerana semua hal melibatkan perkahwinannya telah selesai tanpa sebarang masalah.
"Urusan baju kahwin saya berurusan sendiri dengan pereka fesyen tersebut dan wang sewaan pakaian telah dilunaskan dan isu itu tidak pernah timbul. "Jika ada apa-apa persoalan berbangkit pihak yang berurusan dengan saya boleh menghubungi saya tetapi daripada pengetahuan saya, semua hal melibatkan majlis tempoh hari telah pun selesai," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog