27 Oktober 2013

Posted by jinson on 27.10.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Kalau sudah namanya peminat setia, maka soal perlu membeli tiket dengan harga yang mahal bukan lah satu masalah besar.
Itu yang terjad pada sesetengah peminat diva Ning Baizura yang meminta mahu mendapat tiket yang lebih mahal untuk menyaksikan Konsert Pelangi Untukmu yang akan berlangsung bakal di Pusat Konvensyen TM pada 21 September ke 16 November depan. "Ya, ada peminat dikalangan VIP yang minta nak beli tiket dengan harga mahal. 
Saya percaya, mungkin sesetengah peminat itu mereka merasakan tak eksklusif sangat kalu beli tiket dengan harga RM50 atau RM75 sebab ia free seating. Dan sebagai memuaskan hati semua pihak, pihak kami keluarkan harga tiket yang baru di mana kalau mereka mahu duduk dihadapan, mereka boleh membeli tiket yang berharga RM150. "Saya rasa harga itu berbaloi. 
Tak timbul soal kedudukan seorang artis tu. Selama ni bukan saya yang meletakkan diri saya di mana-mana tahap tapi peminat saya yang menilai saya. Disebalik harga yang murah ini, saya memang tak pulang modal langsung. Kerana sepanjang 20 tahun dalam industri, konsert ini adalah hadiah dari saya untuk peminat-peminat setia saya.
Pada saya, kalau ada peminat yang nak menyaksikan persembahan saya dengan harga tiket yang mahal, saya ada banyak persembahan koporat yang saya lakukan dan mereka boleh datang pada ketika itu. "Selain tu, dengan harga tiket yang murah ni, kami rasa kami boleh bawa konsert ni ke merata-rata tempat. Kalau yang pertama ni di Kuala Lumpur, mungkin yang seterusnya nanti ki negeri lain seluruh Malaysia.
Tapi itu perancangan jangka masa panjang antara syarikat saya dan label naungan saya", jelasnya yang sudah bejaya menurunkan berat badan sebanyak 8kg demi memastikan penampilannya cukup menawan pada malam persembahan itu nanti.

Kredit foto Faisol Mustafa.
Konsert Pelangi Untukmu terbahagi kepada 3 segmen. Segmen pertama menggambarkan perjalanan Ning sebagai seorang penyanyi, anak, isteri dan juga ibu. Segmen kedua pula bercerota tentang dia dan anaknya, Ryan. Segmen terakhir berkisar kenangan lagu-lagu lama.
 Tidak cukup dengan itu, Ning bakal menyanyikan kembali beberapa buah koleksi lagu lamanya yang akan diberikan nafas baharu yang sengaja dibikin khas bersama tiga buah lagu baharu untuk dimuatkan dalam album terbaharu.

."
Sempena Konsert Pelangi Untukmu juga, saya telah menyiapkan sebuah album terbaharu, judulnya Kekal yang memuatkan 10 buah lagu-lagu lama saya serta tiga buah lagu baharu. "Tiga buah lagu baharu itu, Bukan Wanita Sempurna, Pelangi Untukmu dan Embunan Bersinar digubah oleh Alvin Santiago serta komposer Indonesia, Ade Govinda", terangnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog