27 Oktober 2013

Posted by jinson on 27.10.13 No comments
.
TAPAH: Polis daerah ini berjaya mengesan dua suspek kes pecah rumah dan kedai menerusi cap jari yang ditinggalkan di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, tiga cap jari milik M Kali Thosan, 29, dikesan pada cermin tingkap rumah mangsa di Taman Tapah Indah 2, Jalan Pahang, di sini dalam kejadian Mac lalu. "Suspek dari Kampung Kepayang, Ipoh turut mempunyai lima rekod kesalahan lampau bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, 19 Mac lalu, mangsa yang baru bangun tidur terkejut mendapati rumahnya dipecah masuk melalui tingkap belakang, selain kehilangan pelbagai barang, termasuk wang tunai, televisyen LCD 34 inci dan lain-lain lagi. Dalam perkembangan lain, Som Sak berkata, polis turut mengesan dua cap jari milik Mohd Khairol Ridzwan Sapri, 25, dari Kampung Sekendi, Selangor dalam kes pecah kedai kira-kira jam 11 pagi, 13 Julai lalu.
"Cap jari terbabit ditemui pada bekas dan penutup plastik kuih di premis mangsa di Pusat Perniagaan Jalan Bidor. "Lelaki terbabit turut mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 379, 411 dan 457 Kanun Keseksaan," katanya. Dalam kejadian itu, pengadu yang mahu memulakan perniagaan terkejut apabila mendapati kedainya berselerak selain RM300 wang syiling miliknya hilang.
Usaha menjejaki suspek masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Tapah, Asisten Superintendan Md Nasri Fadzir menerusi 05-4015222.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog