27 Oktober 2013

Posted by jinson on 27.10.13 No comments
Kes-bunuh-Warga-asing-maut-ditikam-ditetak/
KUALA LUMPUR,  -- Seorang warga asing mati dipercayai akibat ditikam dan ditetak menggunakan senjata tajam di hadapan perhentian bas di Kilometer 28.9 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata mangsa yang belum lagi dikenal pasti identitinya ditemui orang awam yang melalui tempat itu kira-kira 9.30 malam. "Lelaki itu ketika ditemui berada dalam keadaan parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, namun dia dilapor meninggal dunia di hospital," katanya kepada Bernama hari ini.
Arjunaidi berkata pasukannya kini sedang berusaha untuk mengumpulkan bukti. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog