26 Oktober 2013

Posted by jinson on 26.10.13 No comments
Pic:Sinar Harian
SHAH ALAM: Kertas siasatan berhubung kematian remaja perempuan, Ng Yuk Tim, 15, yang dibunuh sebelum mayatnya disumbat dalam beg dan dibuang di Bukit Kemuning, di sini, pada Selasa lalu, kini dalam proses akhir untuk dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP). 
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, setakat ini, kertas siasatan berhubung kes siap kira-kira 60 peratus. "Ada beberapa maklumat dan bukti yang sedang kita kemas kini, sebelum kertas itu siap sepenuhnya. "Kita jangka kertas siasatan kes yang rasmi akan dihantar Isnin depan kepada DPP untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam. Beliau berkata, pihaknya juga berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan suspek berusia 23 tahun sepanjang proses siasatan dijalankan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan bahawa keputusan bedah siasat mangsa menunjukkan remaja itu tidak dirogol dan hanya menemui kesan kecederaan pada badannya akibat bergelut. Selain itu, menurutnya, kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pada bahagian kepala akibat dihentak. Katanya, polis turut merampas peralatan dumb bell yang dijadikan senjata untuk mencederakan mangsa.
Sebelum ini, mangsa dilaporkan meninggalkan rumah pada jam 11 pagi, sebelum pergi ke rumah suspek di Kampung Cempaka di Kelana Jaya untuk berbincang mengenai tempahan kostum. Mangsa bagaimanapun tidak pulang ke rumah, sebelum mayatnya ditemui dalam beg, Selasa lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog