26 Oktober 2013

Posted by jinson on 26.10.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Mungkin tidak ramai yang mengenali siapa gadis ini namanya Junaidah Md. Nor (Jun). Tak mengapa kalau anda baru pertama kali mendengar namanya kerana tuan empunya badan juga senang dengan maklum balas sebegitu.
Tapi cuba kalau sebut dia adalah anak kepada kartunis terkenal negara, Datuk Lat, sudah pasti ramai yang mengenali bapanya, bukan? Sekaligus Jun juga merupakan anak saudara kepada pengarah terkenal, Mamat Khalid. Bertemu dengan gadis berusia 30 tahun ini sewaktu di sidang media Ikal Mayang baru-baru ini, Junaidah berkata bergelar anak seorang yang dikenali ramai merupakan antara cabaran kerana masyarakat sering meletakkan jangkaan dan harapan yang tinggi terhadap dirinya. 
"Tak dinafi memang ada juga rasa tertekan. Sebab bila orang tahu kita anak seorang yang dikenali, orang sentiasa letakkan harapan yang tinggi pada kita, yang mana kita juga boleh jadi sehebat ibu atau bapa kita. Macam saya, saya tak mewarisi bakat ayah saya pun. Saya tak pandai melukis tapi sifat suka berlawak tu ada lah", katanya.

.
Odah Namun kata Jun status itu bukan tiket untuk dia mendapat kelebihan untuk berkarya dalam industri. Sebaliknya dia juga sama seperti orang lain yang berusaha keras bemula daripada bawah.
Sementelah dalam tahun ini Jun telah berjaya menghasilkan filem pendek pertamanya berjudul Odah. Filem tersebut merupakan salah satu daripada 15 karya yang dihasilkan menerusi projek Ikal Mayang: Telling Woman Stories bersempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac "Sebenar saya banyak bekerja di belakang tabir dah lebih kurang 5 tahun.
Saya buat skrip untuk muzikal. Sebelum ni saya tak ada keyakinan untuk mengarah filem sendiri. Tapi kebetulan semasa saya mendapat tawaran mengarah daripada produksi Garang Pictures, masa tu saya dalam fasa berkata ya kepada semua perkara. Jadi itu yang membuatkan saya sahut cabaran tersebut. Keputusan nak mengarah ni kira saya keluar dari zon selesa saya sendiri", ujarnya.
Odah mengisahkan seorang gadis yang taat kepada ibu bapanya tetapi dikatakan derhaka hanya kerana ingin memotong rambut. Filem tersebut dibintangi oleh Ameera Ramlee sebagai Odah dan disokong dengan penampilan Mislina Mustafa.

Salah satu babak dalam filem 'Odah' lakonan Ameera Ramlee.
"Filem ini subjeknya mudah dan berdasarkan pemerhatian sosial saya dan juga sikit penglaman sendiri. Kalau setiap kali saya nak potong rambut pendek, mak saya memang akan marah dan tak benarkan", katanya yang menjadikan karya sulungnya ini sebagai batu loncatan untuk menghasilkan filem yang lebih baik pada masa akan datang.
'Odah' menjadi salah satu daripada enam filem terpilih yang akan ditayangkan di Astro First Saluran 480 mulai 7 November ini. Lima lagi filem tersebut ialah Inspektor , lima filem pendek akan yang terpilih ialah 1-800 Baby (arahan Datin Sofia Jane), Pantang (arahan Vanida Imran), Jerat Suami (arahan Dira Abu Zahar) dan Odah (arahan Junaidah M. Nor). Keenam-enam filem pendek ini akan ditayangkan di Astro First Saluran 480 mulai 7 November ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog