Ceritanya, beberapa hari lepas, melalui akaun Facebook miliknya, Diana Nasir Full, dia telah memuat naik sekeping foto bersama Shah Iskandar dan membuat kapsyen seperti dia kini sedang bercinta dengan jejaka tersebut.
Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila Shah Iskandar mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak tahu mengenai 'perhubungan' tersebut dan mereka hanya berkawan biasa.
Inilah gambar yang dimuat naik Diana (kanan) bersama pelakon Shah Iskandar serta status yang dikemas kini di laman Facebook yang telah mencetuskan kontroversi selepas pelakon tersebut menafikan hubungannya dengan kakak pelakon Anzalna itu.
Malah dalam salah satu kenyataan yang dikeluarkan, Shah mendakwa, dia tidak menyimpan sebarang perasaan cinta kepada Diana, biarpun Diana menggelarkannya sebagai ‘Baby Shah’. "Saya tidak ingin masuk campur, ini kerana, ia merupakan kes orang lain dan tiada kena mengena dengan saya.
Tapi disebabkan saya rasa dia kakak saya, maka saya perlu masuk campur kerana perkara tersebut menjatuhkan maruah kakak saya serta keluarga. "Selepas melihat status Facebook yang dimuat naik, memang kelihatan seperti kakak saya yang terhegeh-hegeh dengannya, sedangkan dia (Shah) memberi kenyataan bahawa dia tidak punya perasaan terhadap kakak saya.
Bagaimanapun, kakak saya menunjukkan semula khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepadanya, dan ternyata perbualan mereka tidak pula kelihatan seperti kawan biasa", katanya. Sementara itu, mengulas mengenai tanggapan ramai yang mendakwa kakaknya seperti syok sendiri, Anzalna berkata dia bukan bercakap kosong sahaja. Malah dia dan Diana mempunyai bukti SMS yang dihantar oleh Shah Iskandar sendiri.
"Terlebih dulu, saya ingin meminta maaf kepada Shah Iskandar, namun saya perlu beritahu perkara yang sebenar untuk pihak kakak saya pula. Ini kerana kakak saya seorang wanita, jadi saya tidak suka lelaki cuba untuk menjatuhkan maruah seorang wanita. Melalui kenyataan yang dia keluarkan, Shah mendakwa hanya berkawan biasa tidak begitu mengenali kakak saya.
Tapi pada hakikatnya, perkara sebaliknya yang berlaku antara mereka", ujarnya sekaligus menyifatkan hubungan kakaknya dengan aktor itu sebagai hubungan mesra. Tambahnya lagi, dia juga memarahi kakaknya dan bertanya kepadanya mengapa dia terhegeh-hegeh mengejar lelaki? Ini kerana bagi diri Anzalna, dia tidak akan berbuat sedemikian terhadap lelaki, kerana bila-bila masa boleh ditinggalkan.
Bagaimanapun, selepas Diana menunjukkan bukti SMS mesra yang dihantar Shah kepadanya, baru Anzalna faham situasi sebenar.
0 ulasan:
Catat Ulasan