Macam tak sedar diri pula kutuk orang seksi. Siapa yang kami maksudkan? Siapa lagi kalau bukan penyanyi jelita, Katy Perry, yang sedang hangat mempromosikan album terbaru beliau, Prism.
Katy, yang biasa melakukan persembahan berpakaian menjolok mata kali ini menyalahkan penyanyi seangkatan yang gemar berpakaian terdedah.
Katy akui ada masanya beliau berpakaian keterlaluan namun bagi beliau bukan selalu. Penyanyi zaman sekarang berpakaian seperti telanjang semata-mata menjual album dan untuk mendapat perhatian, menurut Katy yang berusia 29 tahun itu.
Apabila ditanya sekiranya Katy maksudkan sesiapa (kerana baru-baru ini Miley Cyrus dan Lady Gaga memilih untuk bertelanjang dalam promosikan lagu baru), Katy cepat menepis soalan tersebut.
Baguslah Katy dah sedar. Kita tunggu sahaja Miley dan Lady Gaga alami kesedaran yang sama.
0 ulasan:
Catat Ulasan