5 Oktober 2013

Posted by jinson on 5.10.13 No comments

Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) mengesahkan turut menerima laporan berhubung kejadian kes guru kehilangan gaji di negeri ini.
 Pengarahnya, Kalsom Khalid bagaimanapun berkata, bilangan guru yang terlibat adalah sedikit. “Memang ada berlaku kes guru kehilangan berdasarkan laporan diterima jabatan daripada pihak bank, kelmarin.
 Kita sudah pun meminta guru terlibat supaya menutup akaun mereka segera seperti mana dinasihatkan Jabatan Akauntan Negara negeri dan membuka akaun baru di bank yang sama,” katanya.
 Dalam masa sama, Kalsom turut menasihatkan guru-guru di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan perlu mendapatkan maklumat sahih sebelum mengisi borang yang mengaitkan nombor akaun. 
“Jika ada pihak-pihak yang meminta nombor akaun dalam bentuk e-mel, mereka perlu merujuk kepada jabatan berkenaan terdahulu. Jangan terperangkap dengan helah pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog