5 Oktober 2013

Posted by jinson on 5.10.13 No comments
Ilustrasi gambar sahaja
SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 6,000 liter minyak diesel subsidi yang sedang dipindahkan dari sebuah bot nelayan ke sebuah bot penunda di perairan berhampiran Bandar Leila dekat sini, semalam.
 Komander PPM Wilayah Sabah Asisten Komisioner, Mohamad Madun berkata, akitiviti itu dikesan oleh anggotanya ketika mereka melakukan rondaan pada pukul 9.30 pagi. Juragan bot nelayan itu yang berusia lingkungan 40-an dan seorang krew bot penunda yang berusia 30-an kemudiannya ditahan.
 "Ketika pemeriksaan dilakukan, bot nelayan itu sedang mengepam minyak diesel subsidi ke bot penunda. Sebanyak 5,500 liter minyak diesel masih berada di dalam bot nelayan itu manakala 500 liter lagi sudah dipam ke bot penunda," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
 Mohamad berkata, kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog