8 September 2013

Posted by jinson on 8.9.13 No comments
Kejutan untuk peminat, Yuna menampilkan gitaris kumpulan Incubus, Mike Einziger pada Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Istana Budaya. Kredit foto Faisol Mustafa.
Kejutan untuk peminat, Yuna menampilkan gitaris kumpulan Incubus, Mike Einziger pada Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Istana Budaya. Sejak mula mencuri perhatian peminat muzik arus perdana kira-kira empat tahun lalu, penyanyi dan penulis lirik bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau panggilan mesranya Yuna tidak pernah mengecewakan. Setiap kali membuat persembahan pentas baik di negara sendiri mahupun diluar negara, dia sentiasa membuat penonton berasa kagum. Walaupun... ada ketika persembahannya ringkas saja. Berpeluang membuat konsert solo pertamanya di Istana Budaya bermula Jumaat (hari ini) hingga Ahad, Yuna menyifatkan ia sebagai satu kejaya peribadi buatnya. Malah konsert yang diberi nama Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) itu kata Yuna merupakan hadiah buat seluruh peminatnya di tanah air yang tidak jemu-jemu menyokongnya meskipun dia kini mengorak langkah mengukuhkan kerjaya seninya di Amerika Syarikat. "Saya memang dah lama teringin nak buat persembahan di Istana Budaya (IB). Jadi bila diberi kepercayaan saya rasa tak sangak, dalam masa sama gementar dan cukup teruja. Apatah lagi memang setiap penyanyi mengidamkan untuk membuat persembahan di IB. "Peluang ini juga membolehkan saya mengeratkan lagi hubungan saya dengan peminat-pemiant saya di sini. Saya tahu saya jarang ada di sini, justeru ini tanda perhargaan saya kepada para peminat yang sentiasa menyokong saya", katanya ketika ditemui pada malam pratonton Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang berlangsung di Istana Budaya, malam tadi. Mengenakan gaun rona merah jambu rekaan Hatta Dolmat, Yuna membuka tirai mempersembahkan lagu Decorate, Favourite Thing, Young dan Gadis Semasa.

.
Terus menghiburkan para penonton, penyanyi yang kini menjadi artis syarikat rakaman antarabangsa milik David Foster, Verve Records ini cukup bertenaga mempersembahkan lagu seperti Coffee, Photo Of You, Memo, Terukir di Bintang, Fear And Frustrations serta Penakut. Tidak cukup dengan itu, Yuna memberi kejutan kepada peminat-peminatnya dengan menampilkan gitaris kumpulan Incubus, Mike Einziger, yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat. Sejurus Mike muncul di pentas, seluruh Panggung Sari gamat dengan sorakan penonton. Yuna membawakan lagu Deeper Conversation, I Miss You (lagu cover Incubus) dan Mr. Musician sambil diiringi petika gitar oleh gitaris berkenaan.

.
"Sebenarnya idea nak bawa Mike ada lah idea di saat akhir. Ketika bandmate saya datang ke LA, saya buat surprise, pertemukan mereka dengan Mike. Lepas tu kami ada berbual tentang persembahan di IB. Tiba-tiba Mike sendiri yang tawarkan diri nak buat juga persembahan bersama saya di IB. "Terkejut juga saya bila Mike beritahu perkara itu. Tapi saya katakan padanya, saya akan cuba untuk bawa dia datang ke sini. Selepas tu bila saya balik ke Malaysia saya dapat email dari Mike mengesahkan yang dia memang boleh datang. Jadi saya bersama pengurusan saya di sini iaitu Yuna Room Records uruskan permit dia. Allhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dia datang dan sama-sama menjayakan konsert saya selama tiga hari ini tanpa sebarang bayaran pun. "Kehadiran Mike juga sebagai kejutan kepada peminat-peminat saya. Saya memag sedaya upaya merahsiakan perkara ni dari pengetahuan sesiapa. Ikutkan hati saya nak tweet, nak bagi bayangan pada peminat, tapi saya tak buat. Saya gembira bila lihat ramai peminat bersorak sebaik saja Mike muncul di pentas tadi (malam tadi) dan kejutan saya menjadi ", jelas Yuna dengan nada gembira ketika ditemu pada sidang media sejurus usai konsert. Berpeluang menyaksikan persembahan Yuna selama dua jam, gadis berusia 27 tahun ini seperti biasa berjaya memukau para penonton. Antara lagu lain yang turut didendangkan seperti I Wanna Go, Stay, Fera & Frustrations, Right Again, Lullabies dan Lelaki. Konsert tersebut turut disaksikan oleh ibu Yuna, selebriti seperti Sharifah Amani dan pemuzik AG (Coco) serta jejaka Inggeris yang dikatakan sedang menjalin hubungaan cinta dengan Yuna, yang dikenali sebagai Jules Schratter juga turut kelihatan.

 Padam Instagram, Kenapa?
.

Merantau nun jauh di bumi Los Angelas, lantas medium sosial seperti Twitter dan Instagram merupakan satu-satunya cara dia berhubung serta berkongsi perkembangan diri dengan peminat-peminatnya terutama yang berada di tanah air. Namun baru-baru ini Yuna mengambil keputusan untuk memadamkan laman sosial Instagrammya. "Saya delete bukan niat nak eksklusifkan diri. Cuma saya rasa selama tujuh tahun bidang seni ni, cukup lah selama ni banyak hal peribadi saya, saya kongsikan pada umum. Saya rasa saya patut simpan saja hal peribadi saya. "Berdasarkan pengalaman lalu, kalau sekali saya nak kongsi sesuatu tu biarlah ia satu perkara yang cukup istimewa. Saya rasa kalau nanti bila saya dah berkeluarga, saya tentu tak selesa nak kongsi hal tentang famili atau anak saya pada umum. Jadi biarlah saya mula dari sekarang. Saya harap peminat boleh hormati keputusan saya ini", jelasnya ketika diminta mengulas hal tersebut. Dalam pekembangan lain, sebelum pulang ke LA, Yuna bakal membuat persembahan di Festival Oz Asia di Australia dan Festival One Word di Singapura. Sekembali ke sana nanti, dia bakal melancarkan album terbarunya yang mempertaruhkan dua single berjudul Rescue dan Fallin.

.

.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog