Penyanyi Jazz, Atilia bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang jurutera bunyi hujung tahun ini selepas bercinta selama empat tahun. "Kami ada rancang untuk berkahwin, Insya-Allah penghujung tahun ini tapi belum ada tarikh sebenar lagi.
"Majlis tersebut akan dibuat secara kecil kecilan sahaja, hanya untuk keluarga. Kalau tidak jemput pihak media saya akan muat naik gambar dan informasi di laman sosial untuk semua," katanya seperti yang dilaporkan mStar online. Sementara itu dalam laporan sama, anak kepada penyanyi popular 70-an, Salamiah Hassan ini mengakui masih terasa kehilangan bekas suaminya, Allahyarham Ariff Johan Abdul Jalil, 47, yang meninggal dunia pada 7 Ogos lalu akibat penyakit kanser hati.
Dia sempat menjaga bekas suaminya itu pada empat bulan terakhir sebelum pemergiannya. Atilia mendirikan rumah tangga bersama Ariff Johan selama 10 tahun, namun hubungan tersebut berakhir dengan perceraian pada Januari 2009.
0 ulasan:
Catat Ulasan