Kesilapan tweet Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di Twitter hari ini jadi medan mengambil kesempatan untuk para pengguna laman sosial yang anti-kerajaan melepaskan kemarahan mereka.
Gambar tweet yang salah itu dikongsikan laman blog gambar 9gag.com dengan gaya yang cukup memalukan Malaysia. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sepatutnya menjalankan siasatan isu ini kerana jelas laman web itu memperlekehken pimpinan tertinggi negara. Niat mereka mempembesarkan kesilapan kecil di Twitter sehingga ia mencipta satu gelombang rasa yang tidak berpuas hati amatlah dikutuk sama sekali.
Tindakan laman web membenarkan gambar yang menggambarkan kesilapan tweet Najib sebagai Najib telah membuktikan bahawa beliau ‘bodoh’tahap 9,000 adalah amat keji dan menghinakan. Pihak SKMM boleh sahaja menyekat terus akses laman web 9gag.com di dalam negara ini kerana ia dilihat jelas tidk menghiraukan sensitiviti serta adap sopan dengan sewenang-wenangnya memperlakukan pimpinan tertinggi sebegitu rupa.
Komen-komen yang dilihat majoritinya datang dari satu jenis kumpulan sahaja juga boleh ditafsirkan sebagai golongan mana yang membenci kepimpinan negara kita. Mereka seakan menunggu kesempatan sebegini melancarkan serangan kutukan terbesar ke atas Perdana Menteri Malaysia. Kami menggesa lah pihak yang melihat gambar ini segera membuat laporan polis agar siasatan boleh dibuat ke atas dalang yang menghasilkan gambar sebegini rupa sehingga memalukan nama baik Perdana Menteri.
0 ulasan:
Catat Ulasan